Saturday, August 29, 2009

Perkhidmatan Catering Ala Kampung













Ekonomi GAWAT ... kos kenduri kahwin tinggi ... TIDAK MAMPU .... inginkan kenduri yang meriah dan istimewa ....

KAMILAH JAWAPAN ANDA !!!!!!

Perkhidmatan Catering Ala Kampung " Bentara Amal " menawarkan anda harga yang berpatutan malah ternyata amat murah berkali ganda dari mana-mana catering. JIKA TIDAK PERCAYA , HUBUNGI KAMI ... KAMI AKAN BUKTIKAN .

Khidmat kami menampilkan kelainan, keunikan dan keistimewaan. Di samping kami mempromisikan budaya bergotong royong dan gerak kerja yang sistematik, kami juga menawarkan anda khidmat masakan dan hidangan yang berkualiti.

APA LAGI ...HUBUNGI KAMI SEKARANG JUGA !!!!

Wednesday, August 5, 2009

Mesin Taip Antik - Antares 280 DL ( Olivetti )















Satu ketika dahulu, mesin taip inilah senjata ampuh buat para penulis tegar . Siang dan malam akan kedengaran bunyi hentakan plat besi huruf pada gegelung karbon . Itulah muzik dan hiburan bagi mereka. Untuk menyelami dan mengkaji sejarah mesin taip , sila layari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesin_taip


Mesin taip ini masih berfungsi dengan baik. Lengkap dengan bekas bimbit berwarna hitam untuk memudahkan dibawa ke mana-mana. JIKA ANDA SEORANG PENGUMPUL BARANGAN ANTIK, INILAH PELUANG KEEMASAN ANDA. Pastinya ia akan menjadi aset berharga anda.


Kami menawarkan anda dengan harga serendah RM 200. Harga masih boleh dirunding. Hubungi kami segera jika berminat.

BIO AURA : Penapis Air Untuk Keluarga






Mutakhir ini, isu kesihatan menjadi fokus utama masyarakat Malaysia. Kebersihan dan khasiat air yang digunakan dan diminum seharian menjadi perhatian semua pihak. Sejak tahun 1999 , kita mula diperkenalkan dengan pelbagai jenis penapis air di pasaran Malaysia. Semakin lama, kualiti penapis air ini semakin meningkat.
Kini selepas 10 tahun, penapis air bukan sekadar membersihkan air , namun meningkatkan dan memperkayakan air paip dengan pelbagai khasiat.

BIO Aura : Penapis air berkualiti tinggi . 6 penapis dalam satu alat. Telah terbukti berkhasiat. Malah diiktiraf oleh badan-badan bertaraf antarabangsa.





HANYA RM 2,400
( RM 200 sebulan )

Kaedah bayaran boleh dirunding !!!

Tuesday, August 4, 2009

Tilam Solahuddin al-Ayyubi : Eksklusif Dari Tanah Arab





Ini bukanlah tilam antik. Namanya juga bukan tilam Solahuddin . Namun dinamakan sedemikian kerana keampuhan dan keunikan penampilan tilam ini. Tilam ini merupakan sofa utama di ruang-ruang tamu masyarakat Arab. Tilam jenis compressed dan kain tebal jahitan berkualiti dari Jordan.

Khusus untuk mereka yang inginkan keunikan , kelainan dan ruang tamu yang menarik perhatian. Sesuai dijadikan hadiah untuk pasangan pengantin. Sesuai juga dijadikan tilam untuk rehat dan tidur.

1 SET = ALAS + TEMPAT SANDAR +TEMPAT ALAS TANGAN
HANYA RM 350
( TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN )

My Iman - REVOLUSI HP MUKMIN


Perkembangan teknologi merupakan satu anugerah Ilahi buat umat Islam untuk dimanfaatkan sebaiknya. My Iman D 818 adalah telefon bimbit terbaik untuk umat Islam khususnya buat para ustaz dan ustazah serta para pendakwah bebas.

Kenapa My Iman ?

Telefon ini dilengkapi dengan al-Qur'an ( mengikut teks al-Qur'an - resam Uthmani ) beserta bacaan. Bahkan ketika alunan ayat suci al-Qur'an didendangkan, pengguna hanya perlu menekan kekunci no. 1 untuk melihat terjemahan Bahasa Melayu secara langsung. ( no.2 untuk bahasa Inggeris dan no berikutnya untuk bahasa-bahasa lain ).

Selain itu , ia turut dibekalkan dengan panduan arah kiblat dan waktu solat seluruh dunia.

Bagi para ustaz, ustazah dan para pendakwah ; anda pasti tertarik dengan telefon ini kerana ia turut mengandungi 11 Kitab Hadith Utama ( dalam bahasa Arab ) di samping terjemahan Sahih Muslim dalam pelbagai bahasa , Riyadhus Solihin ( bahasa Inggeris ) , Tafsir al-Jalalain dalam bahasa Melayu. PASTINYA MEMUDAHKAN KALIAN MEMBUAT RUJUKAN DI SAAT - SAAT GENTING ATAU SEBELUM BERCERAMAH . ALTERNATIF BARU BAGI KITAB YANG BERJILID-JILID ATAU DVD KITAB DI KOMPUTER ANDA.

Hubungi kami segera SEMENTARA STOK MASIH ADA !!! Inilah telefon terlaris di pasaran sekarang. Hanya RM 390 dan akan menikmati semua ciri-ciri canggih seperti kamera, perakam , GPRS , percuma memori 2 GB dll ( rujuk iklan bergambar )

Paparan Waktu Solat


Paparan al-Qur'an


Set HP My Iman ( kad jaminan , buku panduan , kompas manual , charger , bateri serta pen penunjuk untuk skrin sesentuh )


HP ini juga dalam warna hitam

Kargo Aidilfitri Untuk Anak Di Perantauan

Bagaimanakah nasib anak anda di perantauan Aidilfitri ini ???
Tautkan kemesraan dan kasih sayang anda dengan kiriman sempena Hari Lebaran Yang Mulia ini

Bentara Amal sedia membantu anda Khidmat Kargo Barangan ( Dari Malaysia ke Jordan )

Apa yang perlu anda lakukan :-
CUKUP MUDAH ...
1. Anda hanya perlu baca iklan yang kami sertakan di atas ( download kedua-dua pic di atas )
2. Ikut segala arahan di iklan dan lengkapkan borang
3. Hantarkan kepada kami ....MUDAH BUKAN

Kami juga telah meningkatkan kualiti pengumpulan barangan di Malaysia untuk kepuasan anda. Kini , kami telah menyediakan zon-zon pengumpulan barangan kargo anda ( rujuk iklan )

Jika masih tidak jelas ..terus hubungi kami : Ustaz Mohamad : 017 399 44 33 atau Ustaz Said Muhammad Jamaluddin : 019 2377 240

KENAPA KAMI ...

Kami telah berpengalaman sejak tahun 2006 menguruskan penghantaran kargo barangan dari Jordan ke Malaysia dan dari Malaysia ke Jordan. Malah harga yang kami tawarkan SEMURAH RM 40 / KG berbanding Pos Malaysia ( RM 91 / kg ) dan DHL ( RM 350 / kg ).

Jadi , jangan ragu-ragu lagi. Pastikan Aidilfitri anak anda di Jordan tahun ini penuh meriah dengan kiriman anda dari Malaysia.

Selamat Berkunjung Ke Laman Ini

“Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) : Beramallah kamu semua, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui Perkara-Perkara Yang Ghaib dan Yang Nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"

( at-Taubah , ayat 105 )


Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAHi wa Barakatuh

Selamat meneroka dan mengembara dalam laman ini. Kami bukanlah saudagar apatah lagi ahli perniagaan , namun kami hanyalah BENTARA yang ingin berAMAL di medan yang amat luas ini. Moga-moga , peranan kami sebagai BENTARA di medan perniagaan produk-produk Islam dan barangan yang bermanfaat untuk masyarakat ini dinilai sebagai sebahagian dari AMAL soleh di sisi ALLAH Rabbul 'Alamin.

Kami menawarkan anda pelbagai khidmat dan aneka produk-produk menarik. Bahkan , kami juga menjadi agen dan promoter buat sahabat-sahabat di medan yang sama. Marilah kita memantapkan ekonomi dan menyuburkan budaya infaq di samping berdakwah dan berbakti untuk agama Islam.

Jika anda ingin menggunakan khidmat kami atau membeli produk kami, jangan segan silu, hubungilah kami.

Jika anda ingin melihat sahaja, kami alu-alukan , tapi sudi-sudilah promosikan kami untuk kenalan anda yang lain. Semoga ALLAH mengganjari anda semua.

Jika anda ingin menegur atau memberi komentar , jangan gentar dan jangan risau. Kami sedia dimuhasabah dan dikritik.

JazakumuLLAH Khoiral Jaza'