Saturday, July 2, 2011

Rawatilah Mata Anda

Mata adalah nikmat dan anugerah yang tidak bernilai yang dihadiahkan ALLAH kepada manusia. Kehidupan seharian manusia khususnya sebagai Muslim memerlukan penggunaan mata secara optimum kerana mata bukan sahaja untuk urusan kehidupan duniawi , namun mata juga digunakan untuk menghidupkan hati dan rohani menerusi pembacaan al-Qur'an dan bacaan yang bermanfaat.

Mata juga digunakan untuk memandu arah ke masjid , surau , tempat kerja , ke rumah bersama keluaga. Mata juga digunakan untuk menatap wajah ibubapa tersayang , isteri dan anak-anak. Mata juga digunakan untuk melihat kebesaran ALLAH Ta'ala. Kesimpulannya, mata digunakan untuk beribadah kepada Allah dan untuk mendapat redha-Nya. Dengan mata kita mampu menjana jutaan pahala.

Justeru, amat wajar jika mata yang dianugerahkan ALLAH ini segera dirawat jika mengalami kesakitan atau kekurangan dari fitrah asalnya. Segala usaha rawatan perlu dilakukan SEMAMPU MUNGKIN dengan penuh mengharap kesembuhan dari ALLAH .


Produk IbnSina Eyewear telah lama berada di pasaran dunia. Saya sendiri sebelum menjadi pengedar , telah membeli produk ini untuk digunakan ahli keluarga saya yang memerlukannya. AlHamdulILLAH walaupun hasil yang dihajati belum dicapai, namun dengan kuasa Allah sedikit demi sedikit ada perubahan positif. Produk ini tidak menjanjikan penyembuhan kerana itu adalah milik mutlak Allah. Tetapi produk ini memberi alternatif kepada anda untuk merawat mata dengan cara yang lebih praktikal dan jimat.

Pada pandangan saya, setiap rumah wajar memiliki seunit cermin mata ini. Pelaburan yang sedikit tetapi berbaloi seperti ini mungkin boleh menyelamatkan mata anak-anak atau orang tersayang dari terus bergantung kepada cermin mata.

Hanya RM 68 , anda akan dibekalkan sekali dengan manual penggunaan serta sarung cermin mata ini. Cermin mata ini boleh didapati dalam 4 model dan sesuai digunakan untuk acara santai dan berhibur. TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KETIKA MEMANDU atau KETIKA MENGENDALIKAN MESIN.



AlHamdulILLAH , setakat ini ( 2 Julai 2011 ) pengedar tunggal bagi produk ini di Negeri Sembilan adalah Ustaz Said ( 019 2377 240 ).


Friday, July 1, 2011

TERHANGAT DI PASARAN : NASYID DHUHA ( AUDIO CD )

AlHamdulILLAH, dengan keizinan ALLAH kini pasaran hiburan Malaysia dibanjiri dengan lambakan hiburan berteraskan Islam dan pendidikan. Ya, mencarinya umpama menjejak permata di celah-celah kaca. Namun kewujudannya amat-amat diperlukan masyarakat yang saban hari makin sedar bahawa hanya Islam menawarkan solusi terbaik dalam setiap aspek kehidupan ( pendidikan , hiburan , seni dan seumpamanya ).


CD Nasyid Dhuha ini merupakan bahan dakwah dan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak serta mereka yang baru mempelajari ilmu bahasa 'Arab. Menariknya, album ini adalah produk seisi keluarga, ibu dan bapa mencipta lirik dan lagu manakala 7 anak mereka yang mendendangkan semua nasyid-nasyid tersebut. CD ini juga amat sesuai bagi guru J-Qaf , PASTI, tadika-tadika Islam yang mengajar subjek bahasa 'Arab.


Khusus, buat rakan-rakan guru yang ketandusan idea tatkala diminta menguruskan persembahan pelajar semasa majlis-majlis rasmi atau perhimpunan, anda tidak perlu bimbang. Nasyid Dhuha sangat mudah untuk diingati dan sesuai untuk dijadikan persembahan.

CD ini tiada paparan video. Ia hanyalah CD Audio dan boleh dipasang di pemain CD kereta. Namun, kelebihan CD ini adalah ia menghimpunkan sebanyak 14 nasyid di samping disediakan buku lirik untuk memudahkan penghafalan dan penghayatan. Lirik ini dibuat dalam bentuk dwi-bahasa ( Bahasa Arab - Bahasa Malaysia ).



Kepada para peminat CD Dhuha di Negeri Sembilan, sehingga kini ( 2 Julai 2011 ) pengedar tunggal CD ini di Negeri Sembilan adalah Ustazah Reha & Ustaz Said yang boleh dihubungi di talian 019 - 2377 240.

Hanya RM 20 namun cukup berbaloi untuk pendidikan dan masa depan anak-anak .


Monday, April 18, 2011

Bentara Amal Antara Penaja Utama Kuiz Sirah Kolej MARA Seremban

 AlHamdulILLAH, pihak Bentara Amal telah dipilih untuk menjadi sebahagian dari penaja utama Kuiz Sirah untuk Kolej MARA Seremban . Maka di sini dinyatakan butiran berkaitan kuiz berkenaan :-

Syarat & Peraturan :-
1.Hanya layak disertai penuntut KMS.
2.Satu penyertaan untuk setiap orang.
3.Dihantar dengan e-mail sebelum 10/5/2011.
4.Peserta yang ingin mendapatkan hadiah utama perlu menjawab 10 soalan dan 1 mini esei.
5.Peserta yang menjawab 7 dari 10 soalan dengan pantas dan TEPAT layak untuk memenangi  SALAH SATU dari 10 hadiah.
HADIAH - HADIAH YANG DITAWARKAN :-
1 HADIAH UTAMA : Beg sandang laptop jenama HP berisi barangan bernilai RM 150
HADIAH PERTAMA X 1 
HADIAH KEDUA X 1
HADIAH KETIGA X 1
HADIAH SAGUHATI X 7
PERHATIAN PENTING
1.Sila sertakan butiran berikut di dalam e-mail jawapan anda : Nama penuh , bidang dan tahun pengajian , alamat e-mail serta no. telefon.
2.Hantarkan penyertaan anda selengkapnya ke e-mail : aljuasehi@yahoo.com
3.Hantar sebelum 10 Mei 2011
4.Soalan dan maklumat kuiz ini dipaparkan dalam http://bentaraamal.blogspot.com

SOALAN-SOALAN KUIZ
SOALAN UTAMA ( MINI ESEI )

Berdasarkan pengajian anda dalam kuliah sirah ini, sila tulis mini esei tidak kurang 300 patah

perkataan berkenaan kesan kuliah Sirah ini terhadap kehidupan anda sebagai seorang

Penuntut di Kolej  MARA Seremban.

Soalan 1
Sila nyatakan maklumat peribadi Nabi Muhammad SAW berpandukan sijil kelahiran anda 
Soalan 2
Gunakan enjin carian di http://zaharuddin.net untuk mengetahui maklumat tepat tentang kelahiran Nabi SAW 
Soalan 3
Ceritakan secara ringkas apa yang anda tahu tentang penulis kitab sirah yang menjadi rujukan utama kuliah sirah ini 
Soalan 4
Apakah sumber rujukan dan panduan dalam mempelajari dan memahami Sirah Nabi SAW
Soalan 5
Apakah keunikan kitab sirah ini yang menjadikan rujukan kuliah sirah di KMS berbanding kitab Sirah yang lain ?
Soalan 6
Nyatakan secara ringkas kefahaman dan pengajaran dari 3 video yang telah dipaparkan dalam kuliah sirah ini
Soalan 7
3 kelebihan dan keistimewaan Nabi SAW seperti yang terdapat di dalam nasyid Raihan yang dipasang semasa kuliah Sirah 
Soalan 8
Nyatakan 4 iktibar dan pengajaran berdasarkan hidup Baginda sejak dilahirkan hingga menjelang Kenabian
Soalan 9
Nyatakan 2 tajuk kitab sirah ( selain dari yang digunakan untuk kuliah ) dan nama penulisnya ?
Soalan 10
Siapakah Michael H Hart dan kaitannya dengan Nabi Muhammad SAW ?


Sunday, April 3, 2011

Jualan Beg Laptop Berjenama & Berkualiti

Setelah sekian lama menyepi, alHamdulILLAH Bentara Amal kembali dengan menampilkan anda produk yang menjadi idaman ramai. Kami menawarkan anda beg lap top yang berkualiti, berjenama, tahan lasak, aneka warna, aneka bentuk, mudah dibawa di samping harga yang berpatutan dan cukup MURAH.

KAEDAH TEMPAHAN

1. Sila bank-in jumlah duit yang mencukupi ke akaun Maybank BENTARA AMAL ENTERPRISE ( 555 126 107 041 )

2. SMS atau telefon ke no. telefon 019 - 2377 240 dan berikan maklumat berikut :-

NAMA/KOD BAG & JUMLAH TEMPAHAN/JUMLAH DUIT TELAH DI BANK-IN/TARIKH BANK-IN/MASA BANK-IN/TEMPAT BANK-IN

Contoh SMS :

Ahmad 'Azzam/HP GOLLA COLOUR GREEN 3 UNIT, HP GOLLA COLOUR RED 2 UNIT/RM 300/02 APRIL 2011/9.21 PAGI/GIANT SENAWANG

3. Anda akan dihubungi pihak BENTARA AMAL bagi menguruskan urusan penghantaran sebaik wang telah disahkan penerimaannya.

HP Back Pack - Black - RM 70

PILIHAN WARNA : BLACK / BROWN / BLUE / SILVER / RED / ORANGE


HP GOLLA - PILIHAN WARNA : BLACK / GREEN / BROWN / PURPLE / PINK / RED

HARGA : RM 60


BAGMAN 157 - BLACK - RM 60