Tuesday, August 4, 2009

Selamat Berkunjung Ke Laman Ini

“Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) : Beramallah kamu semua, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui Perkara-Perkara Yang Ghaib dan Yang Nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"

( at-Taubah , ayat 105 )


Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAHi wa Barakatuh

Selamat meneroka dan mengembara dalam laman ini. Kami bukanlah saudagar apatah lagi ahli perniagaan , namun kami hanyalah BENTARA yang ingin berAMAL di medan yang amat luas ini. Moga-moga , peranan kami sebagai BENTARA di medan perniagaan produk-produk Islam dan barangan yang bermanfaat untuk masyarakat ini dinilai sebagai sebahagian dari AMAL soleh di sisi ALLAH Rabbul 'Alamin.

Kami menawarkan anda pelbagai khidmat dan aneka produk-produk menarik. Bahkan , kami juga menjadi agen dan promoter buat sahabat-sahabat di medan yang sama. Marilah kita memantapkan ekonomi dan menyuburkan budaya infaq di samping berdakwah dan berbakti untuk agama Islam.

Jika anda ingin menggunakan khidmat kami atau membeli produk kami, jangan segan silu, hubungilah kami.

Jika anda ingin melihat sahaja, kami alu-alukan , tapi sudi-sudilah promosikan kami untuk kenalan anda yang lain. Semoga ALLAH mengganjari anda semua.

Jika anda ingin menegur atau memberi komentar , jangan gentar dan jangan risau. Kami sedia dimuhasabah dan dikritik.

JazakumuLLAH Khoiral Jaza'



No comments:

Post a Comment