Saturday, July 2, 2011

Rawatilah Mata Anda

Mata adalah nikmat dan anugerah yang tidak bernilai yang dihadiahkan ALLAH kepada manusia. Kehidupan seharian manusia khususnya sebagai Muslim memerlukan penggunaan mata secara optimum kerana mata bukan sahaja untuk urusan kehidupan duniawi , namun mata juga digunakan untuk menghidupkan hati dan rohani menerusi pembacaan al-Qur'an dan bacaan yang bermanfaat.

Mata juga digunakan untuk memandu arah ke masjid , surau , tempat kerja , ke rumah bersama keluaga. Mata juga digunakan untuk menatap wajah ibubapa tersayang , isteri dan anak-anak. Mata juga digunakan untuk melihat kebesaran ALLAH Ta'ala. Kesimpulannya, mata digunakan untuk beribadah kepada Allah dan untuk mendapat redha-Nya. Dengan mata kita mampu menjana jutaan pahala.

Justeru, amat wajar jika mata yang dianugerahkan ALLAH ini segera dirawat jika mengalami kesakitan atau kekurangan dari fitrah asalnya. Segala usaha rawatan perlu dilakukan SEMAMPU MUNGKIN dengan penuh mengharap kesembuhan dari ALLAH .


Produk IbnSina Eyewear telah lama berada di pasaran dunia. Saya sendiri sebelum menjadi pengedar , telah membeli produk ini untuk digunakan ahli keluarga saya yang memerlukannya. AlHamdulILLAH walaupun hasil yang dihajati belum dicapai, namun dengan kuasa Allah sedikit demi sedikit ada perubahan positif. Produk ini tidak menjanjikan penyembuhan kerana itu adalah milik mutlak Allah. Tetapi produk ini memberi alternatif kepada anda untuk merawat mata dengan cara yang lebih praktikal dan jimat.

Pada pandangan saya, setiap rumah wajar memiliki seunit cermin mata ini. Pelaburan yang sedikit tetapi berbaloi seperti ini mungkin boleh menyelamatkan mata anak-anak atau orang tersayang dari terus bergantung kepada cermin mata.

Hanya RM 68 , anda akan dibekalkan sekali dengan manual penggunaan serta sarung cermin mata ini. Cermin mata ini boleh didapati dalam 4 model dan sesuai digunakan untuk acara santai dan berhibur. TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KETIKA MEMANDU atau KETIKA MENGENDALIKAN MESIN.



AlHamdulILLAH , setakat ini ( 2 Julai 2011 ) pengedar tunggal bagi produk ini di Negeri Sembilan adalah Ustaz Said ( 019 2377 240 ).


Friday, July 1, 2011

TERHANGAT DI PASARAN : NASYID DHUHA ( AUDIO CD )

AlHamdulILLAH, dengan keizinan ALLAH kini pasaran hiburan Malaysia dibanjiri dengan lambakan hiburan berteraskan Islam dan pendidikan. Ya, mencarinya umpama menjejak permata di celah-celah kaca. Namun kewujudannya amat-amat diperlukan masyarakat yang saban hari makin sedar bahawa hanya Islam menawarkan solusi terbaik dalam setiap aspek kehidupan ( pendidikan , hiburan , seni dan seumpamanya ).


CD Nasyid Dhuha ini merupakan bahan dakwah dan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak serta mereka yang baru mempelajari ilmu bahasa 'Arab. Menariknya, album ini adalah produk seisi keluarga, ibu dan bapa mencipta lirik dan lagu manakala 7 anak mereka yang mendendangkan semua nasyid-nasyid tersebut. CD ini juga amat sesuai bagi guru J-Qaf , PASTI, tadika-tadika Islam yang mengajar subjek bahasa 'Arab.


Khusus, buat rakan-rakan guru yang ketandusan idea tatkala diminta menguruskan persembahan pelajar semasa majlis-majlis rasmi atau perhimpunan, anda tidak perlu bimbang. Nasyid Dhuha sangat mudah untuk diingati dan sesuai untuk dijadikan persembahan.

CD ini tiada paparan video. Ia hanyalah CD Audio dan boleh dipasang di pemain CD kereta. Namun, kelebihan CD ini adalah ia menghimpunkan sebanyak 14 nasyid di samping disediakan buku lirik untuk memudahkan penghafalan dan penghayatan. Lirik ini dibuat dalam bentuk dwi-bahasa ( Bahasa Arab - Bahasa Malaysia ).



Kepada para peminat CD Dhuha di Negeri Sembilan, sehingga kini ( 2 Julai 2011 ) pengedar tunggal CD ini di Negeri Sembilan adalah Ustazah Reha & Ustaz Said yang boleh dihubungi di talian 019 - 2377 240.

Hanya RM 20 namun cukup berbaloi untuk pendidikan dan masa depan anak-anak .