Friday, July 1, 2011

TERHANGAT DI PASARAN : NASYID DHUHA ( AUDIO CD )

AlHamdulILLAH, dengan keizinan ALLAH kini pasaran hiburan Malaysia dibanjiri dengan lambakan hiburan berteraskan Islam dan pendidikan. Ya, mencarinya umpama menjejak permata di celah-celah kaca. Namun kewujudannya amat-amat diperlukan masyarakat yang saban hari makin sedar bahawa hanya Islam menawarkan solusi terbaik dalam setiap aspek kehidupan ( pendidikan , hiburan , seni dan seumpamanya ).


CD Nasyid Dhuha ini merupakan bahan dakwah dan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak serta mereka yang baru mempelajari ilmu bahasa 'Arab. Menariknya, album ini adalah produk seisi keluarga, ibu dan bapa mencipta lirik dan lagu manakala 7 anak mereka yang mendendangkan semua nasyid-nasyid tersebut. CD ini juga amat sesuai bagi guru J-Qaf , PASTI, tadika-tadika Islam yang mengajar subjek bahasa 'Arab.


Khusus, buat rakan-rakan guru yang ketandusan idea tatkala diminta menguruskan persembahan pelajar semasa majlis-majlis rasmi atau perhimpunan, anda tidak perlu bimbang. Nasyid Dhuha sangat mudah untuk diingati dan sesuai untuk dijadikan persembahan.

CD ini tiada paparan video. Ia hanyalah CD Audio dan boleh dipasang di pemain CD kereta. Namun, kelebihan CD ini adalah ia menghimpunkan sebanyak 14 nasyid di samping disediakan buku lirik untuk memudahkan penghafalan dan penghayatan. Lirik ini dibuat dalam bentuk dwi-bahasa ( Bahasa Arab - Bahasa Malaysia ).



Kepada para peminat CD Dhuha di Negeri Sembilan, sehingga kini ( 2 Julai 2011 ) pengedar tunggal CD ini di Negeri Sembilan adalah Ustazah Reha & Ustaz Said yang boleh dihubungi di talian 019 - 2377 240.

Hanya RM 20 namun cukup berbaloi untuk pendidikan dan masa depan anak-anak .


2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Saudara Bentara,
    mohon share link artikel ini ya... salam ziarah ke blog sy juga : www.baitun-nurfaidzin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Dapatkan CD Original Kumpulan Dhuha - Uhibbu Dhuha (album terbaru). Harga pasaran adalah RM20.00
    Sila hubungi Safrizan (012-358-1806) untuk tempahan. (tidak terdapat dikedai tok guru)

    Ini adalah album terbaru selepas album pertama kumpulan Dhuha Mari menyanyi bahasa Arab.

    http://mdsafkyo.blogspot.com/2012/05/kumpulan-nasyid-dhuha-uhibbu-dhuha.html

    ReplyDelete